Mohamad Rizal
Long, berusia 40 tahun, merupakan seorang fasilitator berpengalaman dan perunding latihan sepenuh
masa yang sangat komited bagi memotivasikan pelajar, mahasiswa, belia dan
kakitangan awam dan swasta. Beliau mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam
bidang latihan.
Beliau adalah lulusan B.A (Hons)
(Pengajian Islam) dari Universiti Malaya dan Sijil Kaunseling (UUM). Beliau
mempunyai pengalaman latihan yang luas iaitu selama 9 tahun dalam kedua-dua
bidang ini. Beliau mempunyai pengalaman kerja selama 12 tahun dengan Yayasan
Selangor sebagai Eksekutif, khususnya dalam bidang pengurusan pendidikan dan
latihan pembangunan insan. Beliau terlatih dan terlibat dalam pengendalian
latihan dalam program-program Biro Tatanegara, INMIND, Yayasan Selangor dan
beberapa syarikat perunding latihan swasta sejak 9 tahun lalu dalam pelbagai
bentuk kursus. Antara bidang tugas yang pernah disandang adalah di Bahagian Hal
Ehwal Pelajar, Bahagian Pembangunan, Bahagian Pengurusan Asrama dan Eksekutif
Audit Dalam.
Beliau terlibat dalam menjayakan
dokumentasi MS ISO 9001 untuk Yayasan Selangor sejak tahun 2001 dan
menganggotai Jawatankuasa Audit Dalaman Complient dan Survillient bagi
persijilan SIRIM. Di samping itu, beliau mula terlibat dalam bidang latihan
dengan mengikuti program-program latihan yang dianjurkan oleh Institut
Perkembangan Minda (INMIND), dengan mengendalikan program latihan anjuran kerajaan
Negeri Selangor bagi kursus pelajar, mahasiswa dan penghuni pusat-pusat Serenti
di Selangor. Seterusnya, beliau juga ditawarkan untuk menyumbang tenaga bersama
Biro Tatanegara (BTN), dibawah Jabatan Perdana Menteri sebagai penceramah,
pengkuliah dan fasilitator bagi kursus-kursus seperti Kursus Asas Kenegaraan,
Kursus Kenegaraan Mahasiswa Keluar Negara, Kursus SSM dan Kursus Bela Nusa.
Sepanjang penglibatan sejak tahun 2004 sehingga kini, lebih daripada 200 kursus
telah dijayakan.
Beliau adalah pengasas Redha Resq Resources And
Training dan dilantik sebagai Pengarah Urusan AMIM Diversify Recources. Beliau
sering dijemput sebagai rakan perunding sepenuh masa didalam syarikat Intelligent
Resources Sdn Bhd (IRSB), Minutes Concept Sdn Bhd, SYF Enterprise, Moza
Consultant dan beberapa konsultan lain yang telah menjayakan kursus seperti
Kursus Induksi dan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Beliau juga banyak
diundang untuk menyampaikan ceramah dan latihan dalam program, kursus, seminar
dan bengkel pengurusan sumber manusia di pelbagai peringkat kumpulan sasar di
sekolah, jabatan kerajaan dan pihak swasta.
No comments:
Post a Comment